Program Rakan Bakti Putra, Universiti Putra Malaysia (PRBP, UPM) ditubuhkan bertujuan untuk mempergiatkan dan memperkukuhkan usaha membudayakan pelajar Berinisiatif, Berdikari dan Berbakti dikalangan pelajar UPM. Program ini memberi keutamaan sasaran di kalangan pelajar asnaf UPM. Melalui program ini, pelajar dapat memberi sumbangan kepada universiti dan pada masa yang sama membantu pelajar supaya tidak terlalu bergantung kepada sumbangan atau bantuan kerajaan/universiti dan mereka berpeluang menambah pendapatan serta dapat pertingkatkan keupayaan kewangan di dalam tempoh pengajian. Y.Bhg Datuk Naib Canselor telah melancarkan program ini pada 15 Oktober 2015. Program ini diselia oleh Bahagian Zakat, Wakaf dan Endowmen, Pejabat Bursar UPM.